Share

AKU ALERGIK CINTA

Download AKU ALERGIK CINTA PDF Online Free

Author :
Release : 2016
Genre :
Kind : eBook
Book Rating : 275/5 ( reviews)

GET EBOOK


Book Synopsis AKU ALERGIK CINTA by : Ilyana Hani

Download or read book AKU ALERGIK CINTA written by Ilyana Hani. This book was released on 2016. Available in PDF, EPUB and Kindle. Book excerpt: Aifa Nabila – Si gadis yang sudah alergik dengan cinta dan lelaki. Selepas dikhianati gara-gara tunangnya bermain kayu tiga, dia benci lelaki. Cinta? Memang taklah! Ikmal Hakimi – Lelaki yang menjadi mangsa gaduh Aifa. Baru pertama kali berjumpa, gadis itu sudah memulakan drama sebabak. Gadis singa yang ayu katanya. Siapa sangka, pertemuan itu bukanlah pertemuan pertama dan terakhir mereka. Mereka bukan sekadar berjiran, tetapi juga berkongsi tempat kerja yang sama. Sejak itulah bermulanya kisah ‘minah gengster vs mamat sengal’. Hari-hari mereka bercakaran, langsung tidak mengenal erti jemu. Akhirnya, musuh ketat bertukar menjadi pasangan kekasih. Cinta datang lagi! Bahagia rasanya apabila dia kembali menyulam erti cinta. Tetapi, kehadiran Aleesya yang memperkenalkan dirinya sebagai tunang Hakimi benar-benar meremukkan jiwa Aifa. Ah, lelaki sama sahaja! Langsung tidak boleh dipercayai.

DEJAVU CINTA

Download DEJAVU CINTA PDF Online Free

Author :
Release : 2015
Genre :
Kind : eBook
Book Rating : 151/5 ( reviews)

GET EBOOK


Book Synopsis DEJAVU CINTA by : Emma Maizura

Download or read book DEJAVU CINTA written by Emma Maizura. This book was released on 2015. Available in PDF, EPUB and Kindle. Book excerpt: “Saya tak percaya! Kalau benar dia dah mati, mana buktinya! Kenapa saya tak dibenarkan tengok mayat dia? Kenapa pihak polis macam teragak-agak nak sahkan identitinya?” Tiga tahun Ridwan hidup dalam ilusi. Beranggapan isterinya masih hidup sedangkan isterinya telah meninggal dunia dalam suatu kemalangan ngeri. Dia semakin panasaran saat bertemu dengan gadis bernama DD yang mirip wajah isterinya, Dian Daliya. Beria-ia dia menyatakan DD adalah isterinya. Lekuk lesung pipit di kedua-dua belah pipi dan tahi lalat di pipi kanan dijadikan bukti. Dia separuh gila mengejar DD. DD menganggap Ridwan gila. Dia jadi takut dengan perangai Ridwan. Puas dinafikan, namun Ridwan tetap tidak percaya. Dia jadi fobia dikejar oleh bayangan cinta Ridwan. Bila Ridwan tetap bertegas menyatakan yang DD isterinya, dia jadi keliru. Betulkah dia isteri Ridwan sedangkan dia sudah bertunang dengan Dazrin?

Ingin Berkasih Lagi

Download Ingin Berkasih Lagi PDF Online Free

Author :
Release : 2012
Genre : Fiction
Kind : eBook
Book Rating : 655/5 ( reviews)

GET EBOOK


Book Synopsis Ingin Berkasih Lagi by : Damya Hanna

Download or read book Ingin Berkasih Lagi written by Damya Hanna. This book was released on 2012. Available in PDF, EPUB and Kindle. Book excerpt: Tidak mahu jatuh cinta! Itu prinsip Isyatul kerana bukan mudah untuk dia menyerahkan hatinya kepada mana-mana lelaki, lebih-lebih lagi kepada Amrin yang sentiasa mengejarnya tanpa jemu. Entah kenapa prinsip itu terbang dibawa angin lalu apabila hatinya dapat menerima lelaki itu ke dalam hidupnya. Amrin membawa rombongan merisik. Isyatul dilamar sebagai bukti tahap keseriusan lelaki itu mencintainya. Namun, rombongan merisik pulang dalam kehampaan. Isyatul kecewa. Ada sesuatu rahsia yang cuba disembunyikan oleh ayahnya. Amrin pula merana sehingga membawa diri bertahun-tahun lamanya. Keliru dengan percintaannya, Isyatul diduga dengan kehadiran Najwan. Sikap dan tutur bicara lelaki itu mencuit jiwanya. Dia ingin bercinta lagi. Namun, sejarah cinta lalu menyekatnya daripada menerima hati lelaki itu. Takut pisang berbuah dua kali. Apatah lagi, rahsia yang disembunyikan oleh ayahnya masih belum terungkai.

Cinta Bunga Tulip

Download Cinta Bunga Tulip PDF Online Free

Author :
Release : 2012
Genre : Malay fiction
Kind : eBook
Book Rating : 481/5 ( reviews)

GET EBOOK


Book Synopsis Cinta Bunga Tulip by : Laila Kamilia

Download or read book Cinta Bunga Tulip written by Laila Kamilia. This book was released on 2012. Available in PDF, EPUB and Kindle. Book excerpt: Berkawan sejak kecil, Adrian dan Puteri Sara Ibrani berkongsi segala suka dan duka. Puteri Sara, gadis yang kuat merajuk namun Adrian ada cara terbaik untuk memujuk. Hadiahkan bunga tulip… seluruh hati Puteri Sara cepat saja cair! Mereka hanya sayang-menyayangi. Istilah cinta tidak terpahat dalam sanubari. Namun bohonglah kalau tidak ada sekelumit cinta! Dalam geram menunggu luahan Adrian, Puteri Sara ingin mencapai satu impian. Dia ingin pulang ke Malaysia, merungkai rahsia yang dipendam oleh papanya selama 21 tahun. Dia perlukan pertolongan Adrian untuk meyakinkan papanya yang dia sudah cukup dewasa untuk pulang ke kampung halaman.

Kerana Terluka

Download Kerana Terluka PDF Online Free

Author :
Release : 2008
Genre : Malay fiction
Kind : eBook
Book Rating : 536/5 ( reviews)

GET EBOOK


Book Synopsis Kerana Terluka by : Aida Adriani

Download or read book Kerana Terluka written by Aida Adriani. This book was released on 2008. Available in PDF, EPUB and Kindle. Book excerpt: NUDRA HANEEM... hidupnya sering saja diduga. Bahagia baginya bagaikan bintang yang bertaburan di langit; indah tetapi tidak tergapai dek tangan. Sedari kecil hidup tanpa kasih sayang ibu dan ayah, sekadar menumpang kasih orang dan bila dewasa, kasih dan cintanya diuji lagi. Kehadiran ISKANDAR memberikannya kebahagiaan di saat diri memerlukan perhatian. Namun, rahsia keluarga yang tersimpan sekian lama telah menguji kasih Iskandar padanya. Antara kasih ibu dan kasih kekasih, yang manakah harus dikorbankan? Demi maruah, demi agama, sanggupkah cinta jadi taruhan. "Cinta bukan matematik, Nudra. Satu cinta bahagi dua bukannya setengah." "Saya juga bimbang Is,kalau kekuatan saya hilang dalam keadaan payah begini." Bukankah cinta memerlukan pengorbanan? Ahh.. tetapi tidak selamanya hati teguh andai cinta terus-terusan diuji. Sekali terluka, parutnya tinggal sampai bila-bila. Lalu, apa lagi yang terbaik selain nekad mengikut kata hati? Kerana... itu adalah lebih baik daripada merelakan diri hidup bahagia dalam kepura-puraan!

You may also like...